SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Parit 4 pada asalnya ditubuhkan dan dibina oleh penduduk-penduduk setempat yang diketuai oleh 3 orang Sidang iaitu Sidang Hj. Yahya B. Bakar, Sidang Hj. Ajid B. Kasim dan Sidang Mat Ulu B. Monel. Ia adalah disebabkan penduduk tidak perlu menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani yang sejauh 3 KM dari penempatan mereka. Pada awalnya, bangunan sekolah ini beratap zink, berdinding suku dan hanya berlantaikan tanah.Ianya siap dibina pada 10 Julai 1951.
Pada peringkat permulaan, sekolah ini telah menerima kemasukan seramai 70 orang murid dan 4 orang guru sahaja.Kemudian, sekolah ini telah diperbaiki oleh kerajaan demi keselesaan pembelajaran murid, iaitu dindingnya telah dipenuhkan sehingga ke atas dan lantainya turut disimen.Pada awal tahun 1953, sebuah bangunan sekolah tambahan telah didirikan oleh kerajaan.
Pada tahun 1968, sebuah kantin telah didirikan oleh kerajaan bagi menggantikan kantin yang sudah lama dan uzur, pembinaannya siap dalam bulan November 1968.Dalam tahun 1976 iaitu pada awal bulan Mac pula, akibat dari perkembangan dan pertambahan murid iaitu seramai 515 orang dan 17 orang guru termasuk guru besar, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 9 bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, sebuah pejabat, sebuah bilik guru besar, dan sebuah bilik stor telah dibina, ianya siap pada tahun 1977. Bangunan ini telah dirasmikan pada 28 Mei 1978 oleh YAB.Dato’ Hormat bin Rafei (MenteriBesar Selangor) .